Wednesday 21 November 2012

Tahun 2012.....banyak budi tidak terbalas....

Assalammualaikum wbt.

Selamat bercuti kepada semua kawan-kawan dan murid-muridku yang tercinta. Mesti korang dah plan dan dah pun p melancong dan melencong kat macam-macam tempat dalam dan luar negara. Aku?...mmmm...aku tak p mana-mana cuti ni....sebab setiap kali cuti semester sekolah...aku kena p melawat Perak...pendek kata Tahun melawat Perak tahun ni...yalah, tiap-tiap hari Jumaat dan Sabtu aku ke Tanjung Malim belajar kat sana....Huh...penat sangat...tapi dalam dunia ni mana ada benda yang tak penat betul tak?...Sabar je la...Nak senang, kenalah bersusah-susah dulu...tak gitu?

Sesi persekolahan bagi tahun 2012 ni merupakan tahun kedua aku mengajar kat SABK, Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. Di sini, jujurnya, apa yang aku rasai adalah ketenangan....hati dan fikiran...kerana semua kawan-kawanku sangat sporting dan faham dengan tugas serta tanggungjawab masing-masing....Pentadbirnya usah cakaplah...memang best sangat-sangat...Dari Guru Besarnya, GPK 1, GPK HEM dan GPK KO-KU serta kerani dan pembantu Am, mereka sangat baik hati...sangat memahami kehendak guru-guru dan sangat menyokong apa jua program yang kita nak laksanakan di sekolah...mereka tahu tujuan kita baik semata-mata untuk menaikkan nama sekolah agar terus cemerlang di mata SABK yang lain serta sekolah-sekolah yang ada di Melaka dan di  peringkat Kebangsaan.

Sememangnya tahun 2012....banyak budi tidak terbalas....budi baik rakan-rakan semua serta para pentadbir sekolah, aku berdoa semoga Allah merahmatinya. Yang paling mengkagumkan aku, mereka tidak pernah mempersoalkan siapa aku tetapi menghargai setiap apa yang aku lakukan bersama rakan-rakan....Inilah yang sangat membuatkan aku terharu dan sentiasa bersemangat untuk terus mencipta kegemilangan demi sekolah dan anak-anak muridku yang tercinta. Kepada rakan-rakan guru ku sekalian, terimakasih dari sudut hatiku yang bersih.

Hah..sesi persekolahan tahun 2012 ni...banyak betul  kenangan-kenangan aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah...memang best kerana semuanya sangat memberi dan menerima....aku tidak dapat menceritakan satu persatu, tetapi gambar-gambar di sini menceritakan segala-galanya....Jum....saksikan ya....





Yang ini sebahagian dari sambutan hari guru di sekolahku...tema tahun ni ialah warna merah...kita tengok aktiviti yang lain pulak ya...jum...






 Ni pulak kenangan semasa menyertai karnival pendidikan di Bukit Katil...Kami guru-guru telah menghantar pasukan kompang dan persatuan silat sekolah....yang kelakonya aku,cikgu Huda dan Cikgu Azrin melatih diaorang...mula-mula main hentam je...last-last dengan bantuan bekas guru sekolah ni akhirnya semua menjadi...kami mendapat tempat kelima dalam acara ni...Yang gambar semua dok pegang bendera tu...hah tu masa kami berlatih koir kat dalam library...kemudian masa pertandingan tu kami semua pakai baju kemeja pink dengan seluar hitam...terimakasih kepada kelab guru kerana 'sponsor' semua ni...kenangan masa ni memang segar dalam ingatan...
Jum...kita tengok aktiviti apa pulak lepas ni....jum...


 




Yang ini pulak aktiviti senamrobik 'Satu Malaysia'... yang bawah ni pula aktiviti apa ya....korang mesti gelak punya kalau aku katakan aktiviti apa...jeng...jeng....jeng....


 Ni sebenarnya aktiviti makan-makan sehari sebelum puasa...ada cikgu yang bawa mee goreng...jemput-jemput...laksa..spagetti dan juga nasi dagang....makan pulak nak tau tang mana...hah dalam library...maklum sekolah kami ni kecik je..library tu macam tempat perjumpaan semua...'best giler' masa ni...cikgu perpustakaan dan 'kuncu-kuncunya' pun sporting sekali...terimakasih kak Sabar and the gang....Kita tengok aktiviti bila dah puasa pula ya....


  

Sepanjang Ramadhan program khatam al-quran telah dilaksanakan di masjid bersebelahan dengan sekolah aku...bila dah puasa...hah..bukan aktiviti ni aje yang kami jalankan...aktiviti berbuka puasa beramai-ramai juga kami laksanakan ..di hotel King...memang seronok sangat-sangat...sekali lagi terimakasih daun keladi kepada kelab guru yang sangat efektif sekali...he...he...sebabnya sponsor iftar Ramadhan malam tu......betul tak aku kata, sekolah aku ni memang syok...kelab guru selalu sponsor aktiviti kami... jum kita tengok gambar  iftar ramadhan kami tu.....




Hah....puasa pun sudah...apa pulak aktiviti kami bila dah sambut raya...Plan punya plan oleh ketua rombongan kami Cikgu Huda...maka berangkat la kami dari sebuah rumah ke sebuah rumah...macam-macam makanan depa masak...jum kita saksikan.......



 




 Ini lah aktiviti kami masa raya tempohari..konvoi beramai-ramai dari pagi sampailah ke malam...huh....perut pun kekeyangan...mana taknya satu hari sampai 7 buah rumah kami redah...ha...ha...ha... Kat sekolah pulak buat jamuan raya...mmm..masing-masing cantik bergaya...jum..kita saksikan ya...








Ok...raya pun sudah....la ni aktiviti lain pulak ialah ladap sekolah...tahun ni kita buat kat luar di 2 buah tempat...satu kat ILP,Bukit Katil dan satu lagi kat MMU, Bukit Beruang...ni je gambar yang sempat di ambil..jum tengok ya....








Pas tu...aktiviti bulan membaca juga telah dilancarkan dan dilaksanakan....jum kita saksikan....




Dan bila da hujung-hujung ni...apa lagi...jamuan akhir tahun la kan....antara kelas yang sempat aku rakamkan gambar kat sini ialah kelas Ustazah Najihah dan kelas Cikgu Huda....jum tengok...



Mmmmm....rasanya ni la yang sempat aku catatkan kat sini di antara aktiviti sekolah aku ya....tahun depan pasti ada aktiviti yang menarik lagi....moga tahun depan apa yang dirancang akan menjadi kenyataan...Amin..

Di sebalik cerita ni pasti ada hikmahnya...kalau apa yang kita buat dengan tulus ikhlas pasti akan dibalas...rakan-rakan kita di sekolah adalah keluarga kita yang sama-sama berpimpin tangan melaksanakan apa jua tugasan yang diberikan...kepada rakan-rakanku semua...terimakasih atas segalanya...aktiviti sepanjang tahun 2012 telah kita harungi bersama...sememangnya 2012...budi baik kalian tidak terbalas....

Jumpa lagi dengan cerita yang menyayat hati...nak tau apa dia....? Tunggguuuuu..........

Wassallam...............


No comments:

Post a Comment