Sunday 28 October 2012

Denggi....oh...denggi....

Assalammualaikum.....

Denggi oh denggi.....hah...nak bagitau...la ni musim demam denggi.....Jadi...'Unit Promosi Kementerian Kesihatan' yang berdekatan bekerjasama dengan sekolahku untuk memberikan ceramah tentang bahayanya nyamuk aedes dan penyakit demam denggi....

Ceramah telah dilakukan di dalam masjid yang bersebelahan dengan sekolahku....seterusnya pameran pulak telah diadakan di tempat parking sekolah....Murid-murid memang teruja sesangat tengok pameran...nak-nak tengok 'replika nyamuk aedes'.....Aku?...oleh kerana aku ni guru Unit Denggi sekolah, maka, tugasku ialah mengambil gambar serta membuat laporan.....Jum kita layan gambar-gambar kat sini....


Secara keseluruhannya, ceramah dan pameran 'Nyamuk aedes dan denggi' ni berjaya dilaksanakan. Terimakasih aku ucapkan kepada Guru Besar, khusus kepada GPK HEM, Puan Kamsiah binti Omar kerana telah mengetuai program ini, seterusnya kepada 'Unit Promosi' Jabatan Kesihatan, semua guru dan murid yang terlibat. Terima kasih daun keladi, tahun depan kita bekerjasama lagi.

Sebelum terlupa....nak bagi tau tips kat sini...kalau anda semua biasanya guna ubat nyamuk jenis yang sama jer...hah...kenalah tukar jenisnya...kalau boleh 3 bulan sekali ker...atau rasa-rasa guna ubat nyamuk yang sama tapi nyamuk tetap menari-nari kat telinga kita...hah...tu tandanya kenalah tukar jenis yang lain pulak...sebab nyamuk nikan jenis 'educated' dah pandai....cepat lali dengan satu jenis ubat nyamuk jer....badan depa tahan lasak...Ok....

Cam biasa...sebelum aku undur diri...nak habaq kat hangpa semua...di sebalik cerita ni hah tentulah ada hikmahnya...hikmahnya ialah kita patut bersyukur dengan kesihatan yang baik yang Allah kurniakan kepada kita, sentiasa berjaga-jaga memelihara nikmat yang telah Allah bagi pada kita, selalulah menjaga kebersihan....jengok-jengok kat kawasan sekolah...kat kawasan rumah kita pun...kot-kot ada tempat pembiakan nyamuk ni...semoga aku dan kita semua dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya ini...Amin.

Jumpa lagi ya....wassallam....



Korban kelompok....seronok....

Assalammualaikum semua....

Jumpa lagi di sini...Korban kelompok....seronok....? Mmmmmm......memang seronok...mana taknya kali ni sekolahku buat korban kelompok bersama-sama kariah masjid Kg. Tun Razak Bukit Katil...Selama lebih kurang 2 minggu rancangan diatur...hah...dengan kerjasama guru-guru yang turut serta dalam korban kelompok ni maka....hari ni....tumbangla 2 ekor lembu....dalam dok owang sibuk-sibuk potong daging lembu...aku..sibuk jugak..tapi sibuk amek gambar....seronok tengok diaowang semua gotong royong sembelih lembu, potong daging dan agihkan daging korban.....Jum....kite tengok gambar-gambar ni....

 Ustaz Borhan - GPK Ko-Ku tengah sibuk memotong daging... Hah..nak tengok apa Guru Besar aku buat pulak....jum......

Tu dia ei.....tengoh seronok lapah kepala lembu....baik-baik Guru Besar oi....lembu tu dok senyum-senyum lagi...he...he... Jum kita tengok pa owang kampung buat....

Ha...beginilah sikap gotong-royong yang ditunjukkan oleh orang kampung Tun Razak.. depa semuanya saling kerjasama...penat tolak tepi...janji...ibadah korban terlaksana..tahniah kepada semuanya ya... Aku dan Cikgu Huda pulak buat apa?....He....he....jum kita intai....



















He....he.....kami tukang amek gambo...hah...pas tu...kami dok p makan kat kantin...eh...jangan salah sangka no...tadi kami tolong bagi sokongan....pas tu ada jamuan..kami pun makan....terima kasih "Pak cik kantin" sebab sediakan jamuan....

Syukurlah...akhirnya berjaya juga program "Korban Kelompok" ni...tahun depan kita buat lagi ok...saja bagi seronok....dapat juga pahala...tak gitu?

Hah...macam biasa Cikgu Dee dok kata...disebalik cerita ni ada hikmahnya...iaitu...lakukanlah amalan gotong royong...saling bekerjasama kerana ianya membawa kepada makna..sepakat membawa berkat...dan sesungguhnya ibadah korban ini juga banyak hikmahnya..selain daripada mendapat ganjaran Allah s.w.t, kita juga saling menjalinkan ukhuwah agar sekolah sebagai institusi masyarakat terus terjalin erat...

Jumpa lagi...bye...

Thursday 25 October 2012

Inilah kelasku....

Salam semua....

Nak cerita sikit le tentang kelasku...boleh ye....Aku ni sebenarnya guru kelas 2 Umari...kelas murid-murid sederhana...tapi aku suka sangat-sangat jadi guru kelas mereka. Nak tau sebab apa....sebabnya..diaowang semua mudah dibentuk..sangat rajin...berbudi bahasa...pandai jaga kelas...macam-macam lagila...Hah mesti anda tanya...tak kan diaowang tak nakal kot....? Nakal...... memangla nakal...biasalah budak-budak..tapi nakal yang boleh dikawal....Huh..awal-awal tahun dulu tercabar jugak la nak bantu bentuk disiplin diaowang ni...tapi..lama-kelamaan boleh la dianggap berjaya...adalah perubahan positif owang kata...mmmm....awal-awal dulu kekok jugak diaowang nak sesuaikan diri dengan aku .....bak kata owang amek masa la sikit kan...diam tak diam...dah nak habes setahun ni aku jadi guru kelas diaowang aku rasa suka sesangat bila ada perubahan positif yang depa semua tunjukkan..Paling bestnya ialah ketua kelasku...namanya Ahmad Nasim...Hah...dia ni sangat sopan budaknya..baik akhlaknya..comel sangat....tahniah la kepada ibu dan ayahnya dapat anak yang baik budi pekerti ni... Hah...nak kenal dia?..Jum.....



Hah...nila ketua Kelas 2 Umari..comel kan....?

Jum kita kenal pulak dengan penolong ketua kelas...Namanya Siti Khadijah...baik...rajin..bertanggungjawab orangnya...tengok senyumannya...menawankan?....


Ni pulak...Al-Ameen....Ketua Kebersihan dan Syazwani penolong Ketua Kebersihan...Diaowang berdua ni pun pandai jaga kebersihan kelas...




Mereka inilah yang berusaha menjaga disiplin dan kebersihan kelas setiap hari...Begitu juga dengan semua anak-anak muridku yang tercinta...hari-hari kena kemas kelas...jaga akhlak..jaga adab sopan...rajin-rajin belajar...Tahniah anak-anak muridku kerana anda semua telah berjaya meyakinkan aku bahawa anda semua sangat istimewa biarpun berada di dalam kelas sederhana...Percayalah sayang anak-anak semua...kalian boleh berjaya hingga ke peringkat yang tertinggi dengan semangat dan usaha yang berterusan ya...Ingat kata-kata yang selalu cikgu dee ucapkan..JANGAN PUTUS ASA....ALLAH ADA BERSAMA KITA...

Sebelum berpisah.....jum cuci-cuci mata...tengok kelas 2 Umari yang tak seberapanya ini....



Hah.....ni diaowang tengah kemas kelas bagi bersih...jeng...jeng...hangpa semua boleh teka kan warna tema kelas kami...? Pandai...temanya ialah biru kuning...

Ni sudut membaca...depa semua boleh amek buku dan baca atas tikar getah tu...memang ni lah tempat diaowang lepak-lepak...he...he...


Ni sudut santapan rohani....Jadi tatapan, bacaan dan amalan diaowang...

Mmmmmm...nak bagitau kat sini..buat anak-anak muridku kelas 2 Umari, tahun depan mintak-mintak la Cikgu Dee dapat jadi guru kelas hangpa semula ya... Bukan apa da serasi owang kata...he...he...kalau tak dapat...ingat tau segala kenangan-kenangan kita dalam kelas 2 Umari...So, Cikgu Dee nak minta maaf atas segala teguran dan nasihat-nasihat Cikgu Dee...kadang-kadang kena marah dengan Cikgu Dee....tapi marah-marah cayang tau eh....

Hah....agak-agaknya di sebalik cerita ni apa hikmahnya ya.....mmmmm....hikmahnya ialah bilamana kita mencurahkan kasih sayang dan perhatian sama rata kepada semua murid-murid kita...selalu puji diaowang...guna teknik Nabi masa nasihat diaorang...ajar diaowang...didik diaowang..InsyaAllah...diaowang akan dengar cakap kita.....mungkin ambil masa...tapi tak pa....diakhirnya nanti kita akan dengar sesekali guru lain pula memuji..."mmmm makin bagus budak-budak 2 Umari ni..." HUH...masa ni dalam hati Cikgu Dee kembang semacam....pelahan-pelahan dalam hati Cikgu Dee kata..."Syukur padamu Ya Rabbi.....mempermudahkan urusanku terhadap kelas 2 Umari ni...."

Ok...Jumpa lagi.....Ingat tau anak-anak muridku....Cikgu Dee cayanggggg cayangggg cayanggggg kat semua ya....bye...Assalammualaikum.....

Disebalik sebuah pengorbanan.....

Salam semua...

Syukur Alhamdulillah..esok kita semua menyambut Aidiladha yang mulia....Hah..sebut tentang hari raya Aidiladha ni...kita tak lepas dari cerita tentang pengorbanan...Namun..erti pengorbanan bagi seseorang sangat luas dan subjektif. Apa ya erti pengorbanan bagi anda? Bagiku...erti pengorbanan ialah bilamana aku berkorban masa...tenaga.. dan wang ringgit ketika melatih murid-muridku. Hah inilah pengorbanan yang tulus ikhlas dari hati seorang guru...Bukan aku nak kata yang aku ni la aje yang berkorban untuk sekolahku yang tercinta, tapi..aku bercakap dari sudut hati yang tulus suci...sebabnya...bagiku resepi kejayaan anak-anak muridku ialah bilamana kita sebagai guru kena berkorban tu semua....
Saja nak kongsi kat sini...di sebalik pengorbanan yang ku lakukan. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...tahun 2012 ini seperti tahun lepas banyak juga kejayaan yang telah sekolahku capai dalam bidang Ko-Kurikulum... Hah...tahun ni betul-betul rasa syukur dari awal tahun hingga nak hujung-hujung sekolah ni...Allah telah kurniakan kejayaan demi kejayaan buat sekolahku SABK Tun Razak, Bukit Katil, Melaka.
Nak tau apa yang kami capai sepanjang tahun ni?...emmmm...saja nak kongsi ya...Jum...kita tengok...

1. Bercerita kisah-kisah Al-Quran (L) - Johan kawasan, Johan Negeri dan ke peringkat Kebangsaan
2. Bercerita kisah-kisah Al-Quran (P) - Johan kawasan, johan Negeri dan ke peringkat Kebangsaan
3. Bercerita Kisah sahabat Nabi (P) - Johan kawasan, Johan Daerah dan Johan Negeri
4. Doa harian (L) - Johan kawasan, Johan Daerah dan Johan Negeri
5. Bercerita Bahasa Melayu tahap 1 - Johan kawasan
6. Bercerita Bahasa Melayu tahap 11 - Johan kawasan
7.Muhadasah Bahasa Arab - Johan Negeri
8. Tilawah (L) tahap 11 - Johan Negeri
9. Solat dan wuduk - Naib Johan kawasan
10. Azan - Naib Johan Kawasan
11. Hafazan - Naib Johan kawasan
12. Deklamasi sajak - Naib Johan kawasan
13. Nur Hananie Azhar terpilih mewakili Negeri Melaka dalam rancangan adik-adikku musim ke empat

Inilah kejayaan-kejayaan yang terlintas di fikiran aku untuk dicatitkan di sini...Bukan nak riak atau apa je ya.....tak..tak..tak terlintas pun...tapi nak berkongsi rasa gembira agar anda di luar sana...berpegang pada kata-kata ini...JANGAN PUTUS ASA...teruskan berusaha...memang tak selamanya kita akan berjaya..ada ketikanya kita tak menang apa-apa..tapi, percayalah..satu hari nanti yang kita sendiri tak pasti bila, Allah akan balas dengan kejayaan di atas segala pengorbanan yang kita curahkan semasa melatih murid-murid kita. Itulah resepi kejayaan yang sebenarnya.....

Di sini, aku nak ucapkan berbanyak terimakasih kepada Tuan Guru Besar, Ustaz Syaari bin Rahudin, semua GPK, khusus kepada Ustaz Borhan bin Markom selaku GPK KO_KU kerana banyak membantu serta menguruskan segala perkara..kepada rakan-rakan guru..Cikgu Huda..Sir Azrin..Ustazah Najihah, Ustazah Sumiyati..Ustazah Nurul Jannah..Ustaz Syafiq..Ustaz Fairus...Ustaz Shahir...dan semua guru kerana turut sama memberikan sokongan dan dorongan sehingga sekolah kita terus melakar kejayaan.

Sebenarnya...bukan pengorbanan kita saja di sebalik kejayaan ini...hah...kita jangan pula lupa ya pengorbanan Ibu dan Ayah murid-murid kita yang setia menghantar dan mengambil anak-anak mereka ketika latihan dilakukan...sesungguhnya ianya  amat Cikgu Dee hargai...Terimakasih ya Ibu Bapa dan penjaga mereka ni....Ibu dan Ayah murid-muridku ini sangat sporting dan sentiasa memberikan kerjasama yang tak ternilaikan kepadaku dan semua guru.

Jum kita tengok...gambar yang sempat dirakamkan...


Inilah barisan guru-guru yang setia berkorban untuk kejayaan anak-anak murid mereka..Yang baju hijau tu ayah kepada anak muridku yang datang memberikan sokongan kepada anak beliau..sebelahnya ialah Sir Azrin...hah yang baju kotak-kotak tu Ustaz Shahir dan yang sebelahnya pula ialah Ustaz Shafiq..Terimakasih semua...


Yang ni pulak gambar masa MTQSS ..... Hah...yang tudung kunig tu namanya Cikgu Huda yang setia mengiringi anak-anak muridku ke mana-mana pertandingan...Terima kasih Cikgu Huda....


Ok ni jer cerita kali ni...Bye semua...jumpa lagi ya..Salam AidilAdha dariku....Cikgu Dee....




Tuesday 23 October 2012

Jum...jalan-jalan......

Salam semua...

Hah...kali ni nak cerita p bawa budak-budak melawat ke zoo.....Pagi-pagi lagi semua  da teruja nak p zoo Melaka...Aku?....emm.....dalam hati....habesla....mesti letih p zoo ni....Tapi...suka jugak ...yalah...santai-santai dengan anak-anak murid...
Sampai je kat zoo, aku and the geng mulalah bagi arahan kat budak-budak...suh disiplin la...beraturla...jaga adab la...tau-tau...bila je 'pintu lawatan' dibuka...apalagi..Yehhhhh....semua menjerit keseronokan...Pas ja bayar tiket, diaowang pun mulalah wat lawatan....memang suka tengok gelagat budak-budak ni...Maklum je...dapat jumpa dengan "kak jah", "kak pah", "pak ya"...."dik nyet"...he...he....gurau je...Aku?....Emmm...cikgu Dee biasalah....takut tengok binatang...nak-nak masa lalu kat harimau dengan singa...kalau boleh tak nak lalu kat situ..rasa macam depa .nak terkam jer... dalam hati...relax...relax Cikgu Dee....x dak pa pun...he...he...

Hah....habes je melawat kat zoo.. kami semua p pulak kat Taman Seribu Bunga...Ni yang best ni...perutpun da keroncong..so,...aktiviti pertama..yeh...makan-makan.... Huh...bestnya dapat makan nasi himpit dengan rendang ayam...Aku, Cikgu Hanis, Cikgu Dina, Cikgu Rad dan Ustaz Fairus apalagi...dapatlah makan-makan sambil sembang-sembang..dapatlah rehat jap..sebab...letihnya berjalan kat zoo tadi......Tetiba teringat pulak masa kat sekolah lama...asal p lawatan je aku mesti bawak bekal punyer....asal aku bawak bekal jer p lawatan.....he.....he.....he.....depa suma da tau da lagu tuh.....Hah...pas makan jer......fuh....masa ni...aduh...terasa badan da rasa letih da....tapi kan....dalam dok letih-letih tu..ada satu yang aku suka...apadia?....cuba teka...jeng...jeng...jeng....pastinya sesi bergambar la.....he...he...macam-macam gaya ada..nak tengok? Jum....







 Emmm...jalan-jalan sudah....makan pun sudah....bergambar pun sudah..Nak..balik...nak balik...nila kata budak-budak..dah letih kot diaowang..Maka, lebih kurang pukul 12.30 kami semua pulang semula ke sekolah...aduh...lenguh-lenguh kaki..tapi suka layan budak-budak ni...

Namun,...macamana suka pun...di sebalik cerita ni..ada hikmahnya...dalam dok berjalan-jalan...kita dapat melihat segala keindahan ciptaan Allah..flora dan fauna...syukur Alhamdulillah....

Layan cerita yang lain nanti ya....bye


Monday 22 October 2012

Aduhai...hasil dituai...kejayaan dicapai...

Assalammualaikum semua....


Kali pertama kita bersua....sekadar nak berkongsi rasa gembira...tanggal 15 Oktober 2012....akhirnya impian anak muridku Nur Hananie menjadi kenyataan....Nak tau kejayaan apa?...hah....nanie yang comel lote tu telah berjaya dipilih mewakili Negeri Melaka dalam rancangan adik-adikku musim yang ke empat....

Yang kelakarnya...hari tu...kami guru-guru telah berpakat untuk membuat kejutan bersama-sama penerbit rancangan adik-adiku dan semua krew untuk mengenakan si nanie....Emm...memang menjadi....Bila nanie sampai je kat sekolah...baru nak lepas pintu pagar emmm.....apalagi....Ustaz Yusoff, Ustaz Zack dan aku terus memarahi nanie...Wah...betul-betul punya marah Ustaz Yusoff sampai nanie tu menangis....Ustaz Zack pun sama....maklum...guru disiplin...konon-konon marahkan nanie sebab lambat datang sekolah...yalah...si nanie kecik tu kan pengawas...mana boleh pengawas datang lambat...

Tak cukup kat pintu gate, kat masjid lain pulak ceritanya...Hah..kat sini, Tuan Guru Besar pulak dah mengalahkan Aaron Aziz berlakon punyalah hebat...habis dimarahnya budak kecik tu...he...he...memang kelako....Kami guru-guru yang duk kat depan dan belakang puas menahan rasa...yalah..nak ketawa pun ada...nak menangis pun ada bila tengok nanie da menangis-nangis...

Hah...tiba-tiba...Tuan Guru Besar, Ustaz Syaari...bagi nanie sampul surat...kata Guru Besar...labih kurang macam ni.." Ni surat tunjuk sebab awak datang lambat...cuba baca kuat-kuat..biar semua murid dengar"...Tapi nak tau tak...nanie dah tak boleh baca...menangis je...Aku pun rasa...alamak...ni tengah rakaman..nanie tak nak baca...tak boleh jadi ni...perlahan-lahan aku bangun...suh nanie baca.... Dengan tersesak-esak...nanie pun baca....Jeng....jeng....jeng...rupa-rupanya tu surat dari pihak Jakim yang mengatakan nanie diterima masuk ke dalam rancangan adik-adikku musim yang ke empat..

Sori Nanie...maaf jugak pada mak ayah Nanie..sebab cikgu-cikgu semua dah merancang buat ni semua...
Apa-apapun..terimakasih kepada pihak penerbit dan semua krew kerana sudi hadir ke sekolah kami yang tak seberapanya ini...

Kepada Nanie..tahniah ya sebab Nanie berjaya terpilih mewakili Melaka ke dalam rancangan adik-adikku musim ke empat..kepada mak dan ayah Nanie...tahniah dan syabas kerana setia menghantar dan mengambil Nanie bila ada latihan dijalankan....

Dan aku...sebagai guru yang membimbing dan melatih Nanie....syukur pada Allah kerana telah menghadiahkan aku berita yang sangat menggembirakan ini...segala penat lelahku melatih Nanie bersama-sama Sir Azrin akhirnya membuahkan hasil...aduhai...akhirnya...hasil dituai...kejayaan dicapai...

Hah....siapa aku?...Akulah cikgu dee....seperti yang semua kenal dulu....he...he...


Inilah Nanie...budak kecik tu...he..he...