Thursday 25 October 2012

Disebalik sebuah pengorbanan.....

Salam semua...

Syukur Alhamdulillah..esok kita semua menyambut Aidiladha yang mulia....Hah..sebut tentang hari raya Aidiladha ni...kita tak lepas dari cerita tentang pengorbanan...Namun..erti pengorbanan bagi seseorang sangat luas dan subjektif. Apa ya erti pengorbanan bagi anda? Bagiku...erti pengorbanan ialah bilamana aku berkorban masa...tenaga.. dan wang ringgit ketika melatih murid-muridku. Hah inilah pengorbanan yang tulus ikhlas dari hati seorang guru...Bukan aku nak kata yang aku ni la aje yang berkorban untuk sekolahku yang tercinta, tapi..aku bercakap dari sudut hati yang tulus suci...sebabnya...bagiku resepi kejayaan anak-anak muridku ialah bilamana kita sebagai guru kena berkorban tu semua....
Saja nak kongsi kat sini...di sebalik pengorbanan yang ku lakukan. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...tahun 2012 ini seperti tahun lepas banyak juga kejayaan yang telah sekolahku capai dalam bidang Ko-Kurikulum... Hah...tahun ni betul-betul rasa syukur dari awal tahun hingga nak hujung-hujung sekolah ni...Allah telah kurniakan kejayaan demi kejayaan buat sekolahku SABK Tun Razak, Bukit Katil, Melaka.
Nak tau apa yang kami capai sepanjang tahun ni?...emmmm...saja nak kongsi ya...Jum...kita tengok...

1. Bercerita kisah-kisah Al-Quran (L) - Johan kawasan, Johan Negeri dan ke peringkat Kebangsaan
2. Bercerita kisah-kisah Al-Quran (P) - Johan kawasan, johan Negeri dan ke peringkat Kebangsaan
3. Bercerita Kisah sahabat Nabi (P) - Johan kawasan, Johan Daerah dan Johan Negeri
4. Doa harian (L) - Johan kawasan, Johan Daerah dan Johan Negeri
5. Bercerita Bahasa Melayu tahap 1 - Johan kawasan
6. Bercerita Bahasa Melayu tahap 11 - Johan kawasan
7.Muhadasah Bahasa Arab - Johan Negeri
8. Tilawah (L) tahap 11 - Johan Negeri
9. Solat dan wuduk - Naib Johan kawasan
10. Azan - Naib Johan Kawasan
11. Hafazan - Naib Johan kawasan
12. Deklamasi sajak - Naib Johan kawasan
13. Nur Hananie Azhar terpilih mewakili Negeri Melaka dalam rancangan adik-adikku musim ke empat

Inilah kejayaan-kejayaan yang terlintas di fikiran aku untuk dicatitkan di sini...Bukan nak riak atau apa je ya.....tak..tak..tak terlintas pun...tapi nak berkongsi rasa gembira agar anda di luar sana...berpegang pada kata-kata ini...JANGAN PUTUS ASA...teruskan berusaha...memang tak selamanya kita akan berjaya..ada ketikanya kita tak menang apa-apa..tapi, percayalah..satu hari nanti yang kita sendiri tak pasti bila, Allah akan balas dengan kejayaan di atas segala pengorbanan yang kita curahkan semasa melatih murid-murid kita. Itulah resepi kejayaan yang sebenarnya.....

Di sini, aku nak ucapkan berbanyak terimakasih kepada Tuan Guru Besar, Ustaz Syaari bin Rahudin, semua GPK, khusus kepada Ustaz Borhan bin Markom selaku GPK KO_KU kerana banyak membantu serta menguruskan segala perkara..kepada rakan-rakan guru..Cikgu Huda..Sir Azrin..Ustazah Najihah, Ustazah Sumiyati..Ustazah Nurul Jannah..Ustaz Syafiq..Ustaz Fairus...Ustaz Shahir...dan semua guru kerana turut sama memberikan sokongan dan dorongan sehingga sekolah kita terus melakar kejayaan.

Sebenarnya...bukan pengorbanan kita saja di sebalik kejayaan ini...hah...kita jangan pula lupa ya pengorbanan Ibu dan Ayah murid-murid kita yang setia menghantar dan mengambil anak-anak mereka ketika latihan dilakukan...sesungguhnya ianya  amat Cikgu Dee hargai...Terimakasih ya Ibu Bapa dan penjaga mereka ni....Ibu dan Ayah murid-muridku ini sangat sporting dan sentiasa memberikan kerjasama yang tak ternilaikan kepadaku dan semua guru.

Jum kita tengok...gambar yang sempat dirakamkan...


Inilah barisan guru-guru yang setia berkorban untuk kejayaan anak-anak murid mereka..Yang baju hijau tu ayah kepada anak muridku yang datang memberikan sokongan kepada anak beliau..sebelahnya ialah Sir Azrin...hah yang baju kotak-kotak tu Ustaz Shahir dan yang sebelahnya pula ialah Ustaz Shafiq..Terimakasih semua...


Yang ni pulak gambar masa MTQSS ..... Hah...yang tudung kunig tu namanya Cikgu Huda yang setia mengiringi anak-anak muridku ke mana-mana pertandingan...Terima kasih Cikgu Huda....


Ok ni jer cerita kali ni...Bye semua...jumpa lagi ya..Salam AidilAdha dariku....Cikgu Dee....




No comments:

Post a Comment