Sunday 28 October 2012

Denggi....oh...denggi....

Assalammualaikum.....

Denggi oh denggi.....hah...nak bagitau...la ni musim demam denggi.....Jadi...'Unit Promosi Kementerian Kesihatan' yang berdekatan bekerjasama dengan sekolahku untuk memberikan ceramah tentang bahayanya nyamuk aedes dan penyakit demam denggi....

Ceramah telah dilakukan di dalam masjid yang bersebelahan dengan sekolahku....seterusnya pameran pulak telah diadakan di tempat parking sekolah....Murid-murid memang teruja sesangat tengok pameran...nak-nak tengok 'replika nyamuk aedes'.....Aku?...oleh kerana aku ni guru Unit Denggi sekolah, maka, tugasku ialah mengambil gambar serta membuat laporan.....Jum kita layan gambar-gambar kat sini....


Secara keseluruhannya, ceramah dan pameran 'Nyamuk aedes dan denggi' ni berjaya dilaksanakan. Terimakasih aku ucapkan kepada Guru Besar, khusus kepada GPK HEM, Puan Kamsiah binti Omar kerana telah mengetuai program ini, seterusnya kepada 'Unit Promosi' Jabatan Kesihatan, semua guru dan murid yang terlibat. Terima kasih daun keladi, tahun depan kita bekerjasama lagi.

Sebelum terlupa....nak bagi tau tips kat sini...kalau anda semua biasanya guna ubat nyamuk jenis yang sama jer...hah...kenalah tukar jenisnya...kalau boleh 3 bulan sekali ker...atau rasa-rasa guna ubat nyamuk yang sama tapi nyamuk tetap menari-nari kat telinga kita...hah...tu tandanya kenalah tukar jenis yang lain pulak...sebab nyamuk nikan jenis 'educated' dah pandai....cepat lali dengan satu jenis ubat nyamuk jer....badan depa tahan lasak...Ok....

Cam biasa...sebelum aku undur diri...nak habaq kat hangpa semua...di sebalik cerita ni hah tentulah ada hikmahnya...hikmahnya ialah kita patut bersyukur dengan kesihatan yang baik yang Allah kurniakan kepada kita, sentiasa berjaga-jaga memelihara nikmat yang telah Allah bagi pada kita, selalulah menjaga kebersihan....jengok-jengok kat kawasan sekolah...kat kawasan rumah kita pun...kot-kot ada tempat pembiakan nyamuk ni...semoga aku dan kita semua dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya ini...Amin.

Jumpa lagi ya....wassallam....



No comments:

Post a Comment