Monday 26 November 2012

Selamat hari jadi fendi.....

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Syahrul Effendi
Allah selamatkan kamu...

Yeh....Selamat hari jadi fendi dari kami...Cikgu Dee...Sir Shafiq..Sir Shahril..Sir Azrin.....Ustaz Quyyum....Semoga panjang umur...murah rezeki hah...kalau kawen nanti...jangan lupa jemput kami

Begitulah yang terjadi pada petang Sabtu tempohari...Hikmah di sebalik cerita ini ialah...bila kasih sayang di antara kawan-kawan menjadi erat....hubungan adik-beradik semakin dekat....tambah-tambah bila kita bersepakat....hah....ikatan persahabatan makin bertambah rapat....

Sekali lagi selamat hari jadi..fendi.....



Dah tanggungjawab....sabar je lah....

Salam semua.

Mmmmm...UPSI aku datang lagi...tiap-tiap minggu aku p kat sini...tu sebablah cuti-cuti ni aku tak ke mana-mana pun...Melaka Tanjung Malim je la jawabnya...Kadang-kadang jujur cakap...memang penat...letih sangat-sangat....Fikir tiba je hari Jumaat...adoi ai...berat hati nak ke UPSI....Tapi..dah tanggungjawab...sabar je lah..

Minggu ni masa pergi...hujan lebat....pergi sehari lebih awal..Hari Khamis dah pergi dah...konon-konon pergi awal nak buat kerja kursus dengan kawan-kawan....Lenguh-lenguh badan...lagi lah yang memandu...aku ni yang jadi penumpang...kejap-kejap mata dah layu...tido jer....kesian Fendi...sorry....

Sampai je kat Tanjung Malim, kami dok lepak kat KFC...kat situ duk la lebih kurang 2 jam...bukan makan sangat pun sebab bertungkus lumus siapkan kerja kursus...pening sangat kepala...mana taknya kena aircond...sejuk yang teramat...Huh...bila dah tak tahan sejuk...malamnya pindah pulak kat library..sampai lah lebih kurang pukul 12.30 malam...aku..fendi...tok wan..dan najwa duk kat sana...masing-masing sibuk buat kerja...

Kali ini aku tidur di Hotel Bunga Raya bersama Najwa...terimakasih Najwa...best sangat-sangat lepak-lepak dengan Najwa sambil tengok Najwa buat keronsang yang comel...yang cute...cantik sungguh... kreatif sungguh....

Hari Sabtu, lepas kelas Dr.Rosma...apalagi...kami.terus pulang ke Melaka semula....sempatlah singgah kat sungai Buluh pekena satay Hj.Samuri...he...he...he......Kawan-kawan nak tahu tak...bila sampai Melaka nanti...aku dan kawan-kawan dah berpakat nak sambut besday Fendi...tapi Fendi tak tau...ei...bestnya....

Hah..apa agaknya hikmah di sebalik cerita kali ni ya...hikmahnya ialah...biar penat macamana pun nak p UPSI sambung belajaq....jangan mengeluh....sebab..bersusah-susah dahulu kan...? lagipun..dah tanggungjawab...sabar je la....










Ombak tangisan

Bumi Palestin runtuh lagi....
kali ini lebih dasyat dan pedih
ombak tangisan bersulamkan darah
darah bersulamkan nyawa
nyawa hilang...terpisah jasad...terpisah segala...

Kala ini hatiku menangis....
air mata menitis...
saat mata terpana memandang wajah-wajah duka
raungan yang bergema adalah nestapa
Kau yang bernama Israel...
menanglah kau saat ini...
banggalah kau dengan dendam berapi
gembiralah kau dengan peluru yang menembusi
tubuh manusia yang tidak bersalah apa-apa
kau memang rakus...kejam....dan gila..
hatimu sungguh hanyir...busuk...kotor...dan hina...

Wahai wajah-wajah sengsara....
aku tak dapat memberi sepertimana yang kau minta
hanya doa yang sentiasa bergema
dari sudut hatiku yang berdarah...
Ombak tangisanku tak pernah berhenti
sehingga aku berasa takut setiap hari
kerana kala aku nyenyak tidur di sini
kau berjaga melindungi diri
namun tidak sekali aku terputus
doa-doa yang kuutus
adalah harapan murni dari hatiku yang tulus...

Kali ini..saat ini...tika ini...aku menangis lagi.....

Wednesday 21 November 2012

Tahun 2012.....banyak budi tidak terbalas....

Assalammualaikum wbt.

Selamat bercuti kepada semua kawan-kawan dan murid-muridku yang tercinta. Mesti korang dah plan dan dah pun p melancong dan melencong kat macam-macam tempat dalam dan luar negara. Aku?...mmmm...aku tak p mana-mana cuti ni....sebab setiap kali cuti semester sekolah...aku kena p melawat Perak...pendek kata Tahun melawat Perak tahun ni...yalah, tiap-tiap hari Jumaat dan Sabtu aku ke Tanjung Malim belajar kat sana....Huh...penat sangat...tapi dalam dunia ni mana ada benda yang tak penat betul tak?...Sabar je la...Nak senang, kenalah bersusah-susah dulu...tak gitu?

Sesi persekolahan bagi tahun 2012 ni merupakan tahun kedua aku mengajar kat SABK, Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. Di sini, jujurnya, apa yang aku rasai adalah ketenangan....hati dan fikiran...kerana semua kawan-kawanku sangat sporting dan faham dengan tugas serta tanggungjawab masing-masing....Pentadbirnya usah cakaplah...memang best sangat-sangat...Dari Guru Besarnya, GPK 1, GPK HEM dan GPK KO-KU serta kerani dan pembantu Am, mereka sangat baik hati...sangat memahami kehendak guru-guru dan sangat menyokong apa jua program yang kita nak laksanakan di sekolah...mereka tahu tujuan kita baik semata-mata untuk menaikkan nama sekolah agar terus cemerlang di mata SABK yang lain serta sekolah-sekolah yang ada di Melaka dan di  peringkat Kebangsaan.

Sememangnya tahun 2012....banyak budi tidak terbalas....budi baik rakan-rakan semua serta para pentadbir sekolah, aku berdoa semoga Allah merahmatinya. Yang paling mengkagumkan aku, mereka tidak pernah mempersoalkan siapa aku tetapi menghargai setiap apa yang aku lakukan bersama rakan-rakan....Inilah yang sangat membuatkan aku terharu dan sentiasa bersemangat untuk terus mencipta kegemilangan demi sekolah dan anak-anak muridku yang tercinta. Kepada rakan-rakan guru ku sekalian, terimakasih dari sudut hatiku yang bersih.

Hah..sesi persekolahan tahun 2012 ni...banyak betul  kenangan-kenangan aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah...memang best kerana semuanya sangat memberi dan menerima....aku tidak dapat menceritakan satu persatu, tetapi gambar-gambar di sini menceritakan segala-galanya....Jum....saksikan ya....





Yang ini sebahagian dari sambutan hari guru di sekolahku...tema tahun ni ialah warna merah...kita tengok aktiviti yang lain pulak ya...jum...






 Ni pulak kenangan semasa menyertai karnival pendidikan di Bukit Katil...Kami guru-guru telah menghantar pasukan kompang dan persatuan silat sekolah....yang kelakonya aku,cikgu Huda dan Cikgu Azrin melatih diaorang...mula-mula main hentam je...last-last dengan bantuan bekas guru sekolah ni akhirnya semua menjadi...kami mendapat tempat kelima dalam acara ni...Yang gambar semua dok pegang bendera tu...hah tu masa kami berlatih koir kat dalam library...kemudian masa pertandingan tu kami semua pakai baju kemeja pink dengan seluar hitam...terimakasih kepada kelab guru kerana 'sponsor' semua ni...kenangan masa ni memang segar dalam ingatan...
Jum...kita tengok aktiviti apa pulak lepas ni....jum...


 




Yang ini pulak aktiviti senamrobik 'Satu Malaysia'... yang bawah ni pula aktiviti apa ya....korang mesti gelak punya kalau aku katakan aktiviti apa...jeng...jeng....jeng....


 Ni sebenarnya aktiviti makan-makan sehari sebelum puasa...ada cikgu yang bawa mee goreng...jemput-jemput...laksa..spagetti dan juga nasi dagang....makan pulak nak tau tang mana...hah dalam library...maklum sekolah kami ni kecik je..library tu macam tempat perjumpaan semua...'best giler' masa ni...cikgu perpustakaan dan 'kuncu-kuncunya' pun sporting sekali...terimakasih kak Sabar and the gang....Kita tengok aktiviti bila dah puasa pula ya....


  

Sepanjang Ramadhan program khatam al-quran telah dilaksanakan di masjid bersebelahan dengan sekolah aku...bila dah puasa...hah..bukan aktiviti ni aje yang kami jalankan...aktiviti berbuka puasa beramai-ramai juga kami laksanakan ..di hotel King...memang seronok sangat-sangat...sekali lagi terimakasih daun keladi kepada kelab guru yang sangat efektif sekali...he...he...sebabnya sponsor iftar Ramadhan malam tu......betul tak aku kata, sekolah aku ni memang syok...kelab guru selalu sponsor aktiviti kami... jum kita tengok gambar  iftar ramadhan kami tu.....




Hah....puasa pun sudah...apa pulak aktiviti kami bila dah sambut raya...Plan punya plan oleh ketua rombongan kami Cikgu Huda...maka berangkat la kami dari sebuah rumah ke sebuah rumah...macam-macam makanan depa masak...jum kita saksikan.......



 




 Ini lah aktiviti kami masa raya tempohari..konvoi beramai-ramai dari pagi sampailah ke malam...huh....perut pun kekeyangan...mana taknya satu hari sampai 7 buah rumah kami redah...ha...ha...ha... Kat sekolah pulak buat jamuan raya...mmm..masing-masing cantik bergaya...jum..kita saksikan ya...








Ok...raya pun sudah....la ni aktiviti lain pulak ialah ladap sekolah...tahun ni kita buat kat luar di 2 buah tempat...satu kat ILP,Bukit Katil dan satu lagi kat MMU, Bukit Beruang...ni je gambar yang sempat di ambil..jum tengok ya....








Pas tu...aktiviti bulan membaca juga telah dilancarkan dan dilaksanakan....jum kita saksikan....




Dan bila da hujung-hujung ni...apa lagi...jamuan akhir tahun la kan....antara kelas yang sempat aku rakamkan gambar kat sini ialah kelas Ustazah Najihah dan kelas Cikgu Huda....jum tengok...



Mmmmm....rasanya ni la yang sempat aku catatkan kat sini di antara aktiviti sekolah aku ya....tahun depan pasti ada aktiviti yang menarik lagi....moga tahun depan apa yang dirancang akan menjadi kenyataan...Amin..

Di sebalik cerita ni pasti ada hikmahnya...kalau apa yang kita buat dengan tulus ikhlas pasti akan dibalas...rakan-rakan kita di sekolah adalah keluarga kita yang sama-sama berpimpin tangan melaksanakan apa jua tugasan yang diberikan...kepada rakan-rakanku semua...terimakasih atas segalanya...aktiviti sepanjang tahun 2012 telah kita harungi bersama...sememangnya 2012...budi baik kalian tidak terbalas....

Jumpa lagi dengan cerita yang menyayat hati...nak tau apa dia....? Tunggguuuuu..........

Wassallam...............


Tuesday 20 November 2012

Kuninglah juara...........yeh....

Salam semua...

Sebenarnya dah lewat nak cerita pasal hari sukan hari tu....yalah...macam-macam program dah akhir-akhir sekolah...jadi, mana yang sempat je aku cerita kan kat sini...la ni nak habaq pasai hari sukan sekolah yang berlangsung November yang lalu....Macam tahun lepas, tahun ni jugak buat kat Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.....Terimakasih kepada pihak pengurusan IPPM kerana sudi untuk mengizinkan kami menggunakan padang untuk laksanakan sukan ini...memang best buat kat sini...segala kemudahan telah sedia ada...terimakasih sekali lagi ya....

Sepanjang hari sukan berlangsung...memang seronok...penat jangan cakaplah...tapi memang best sangat-sangat layan murid-murid. Dalam keadaan cuaca yang kejap panas....kejap redup....semua guru-guru rumah Kuning tak kisah....masing-masing dok pakat redah...yang penting rumah Kuning tak akan mengaku kalah......

Bagi pasukan rumah Kuning, yang best lagi ialah kami dikelilingi oleh guru-guru yang sangat berdedikasi...dari awal perbincangan sampailah nak penutup sukan...fuh....semangat bukan main....Cikgu Harnilam,Cikgu Huda,Cikgu Esmahanis,Ustaz Shahir dan Cikgu Siti Rahmah bertungkus lumus menguruskan macam-macam perkara...dalam kepala...harap-harap tahun ni...KUNINGLAH JUARA....Berpeluh-peluh diaorang uruskan pasukan rumah kuning....Terimakasih semua kerana bekerjasama...harapnya tahun depan kita semua dalam satu rumah sukan lagi ya...kalau tak ....wua...wua...wua...sedihnya....Bagi murid-murid pasukan rumah Kuning pulak, anda semua memang Terbaikkkk...saling sokong-menyokong...bantu-membantu ....memang nampak sangat mereka semua bersatu....

Tup...tup...bila je pengumuman pasukan rumah mana yang menang....Yeh.....akhirnya...KUNINGLAH JUARA....juara sukaneka, juara merentas desa, juara perbarisan dan juara KESELURUHAN bagi tahun 2012 ni...Syukurnya pada Allah....kerana Rumah Kuning juaralah sudah....Tahniah kepada pasukan rumah Kuning, tahniah kepada semua murid Rumah Kuning...dan tahniah kepada Syazariani dari rumah Kuning yang telah dinobatkan sebagai Olahragawati sekolah  tahun ini...

Sekalung tahniah kepada Ustaz Azrin kerana telah menguruskan kejohanan sukan dengan baik sekali....memang tabik la...semuanya berjalan dengan lancar dan tersusun....lepas satu...satu acara....semuanya berlangsung dengan jayanya...Kepada semua hero-hero guru lelaki juga terimakasih daun keladi....

Dan....macam biasa jum kita lihat gambar-gambar kat sini....jum....







Di sebalik cerita ini...ada hikmahnya...apabila kita sebagai guru sanggup berkorban untuk semua ahli pasukan rumah sukan kita, pasti kejayaan akan jadi milik bersama....penat lelah....tak jadi halangan...hujan panas tak jadi alasan...semuanya demi pasukan rumah sukan yang menjadi kebanggaan...Tahun hadapan...kita cuba lagi kerana mengekalkan kejuaraan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan...kepada Pasukan rumah Kuning...jangan pening-pening....tahun depan satu padang kita pusing.......syukurlah tahun ini....kita mampu bersaing......


Jumpa lagi...bye...wasallam....