Tuesday 20 November 2012

Kuninglah juara...........yeh....

Salam semua...

Sebenarnya dah lewat nak cerita pasal hari sukan hari tu....yalah...macam-macam program dah akhir-akhir sekolah...jadi, mana yang sempat je aku cerita kan kat sini...la ni nak habaq pasai hari sukan sekolah yang berlangsung November yang lalu....Macam tahun lepas, tahun ni jugak buat kat Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.....Terimakasih kepada pihak pengurusan IPPM kerana sudi untuk mengizinkan kami menggunakan padang untuk laksanakan sukan ini...memang best buat kat sini...segala kemudahan telah sedia ada...terimakasih sekali lagi ya....

Sepanjang hari sukan berlangsung...memang seronok...penat jangan cakaplah...tapi memang best sangat-sangat layan murid-murid. Dalam keadaan cuaca yang kejap panas....kejap redup....semua guru-guru rumah Kuning tak kisah....masing-masing dok pakat redah...yang penting rumah Kuning tak akan mengaku kalah......

Bagi pasukan rumah Kuning, yang best lagi ialah kami dikelilingi oleh guru-guru yang sangat berdedikasi...dari awal perbincangan sampailah nak penutup sukan...fuh....semangat bukan main....Cikgu Harnilam,Cikgu Huda,Cikgu Esmahanis,Ustaz Shahir dan Cikgu Siti Rahmah bertungkus lumus menguruskan macam-macam perkara...dalam kepala...harap-harap tahun ni...KUNINGLAH JUARA....Berpeluh-peluh diaorang uruskan pasukan rumah kuning....Terimakasih semua kerana bekerjasama...harapnya tahun depan kita semua dalam satu rumah sukan lagi ya...kalau tak ....wua...wua...wua...sedihnya....Bagi murid-murid pasukan rumah Kuning pulak, anda semua memang Terbaikkkk...saling sokong-menyokong...bantu-membantu ....memang nampak sangat mereka semua bersatu....

Tup...tup...bila je pengumuman pasukan rumah mana yang menang....Yeh.....akhirnya...KUNINGLAH JUARA....juara sukaneka, juara merentas desa, juara perbarisan dan juara KESELURUHAN bagi tahun 2012 ni...Syukurnya pada Allah....kerana Rumah Kuning juaralah sudah....Tahniah kepada pasukan rumah Kuning, tahniah kepada semua murid Rumah Kuning...dan tahniah kepada Syazariani dari rumah Kuning yang telah dinobatkan sebagai Olahragawati sekolah  tahun ini...

Sekalung tahniah kepada Ustaz Azrin kerana telah menguruskan kejohanan sukan dengan baik sekali....memang tabik la...semuanya berjalan dengan lancar dan tersusun....lepas satu...satu acara....semuanya berlangsung dengan jayanya...Kepada semua hero-hero guru lelaki juga terimakasih daun keladi....

Dan....macam biasa jum kita lihat gambar-gambar kat sini....jum....







Di sebalik cerita ini...ada hikmahnya...apabila kita sebagai guru sanggup berkorban untuk semua ahli pasukan rumah sukan kita, pasti kejayaan akan jadi milik bersama....penat lelah....tak jadi halangan...hujan panas tak jadi alasan...semuanya demi pasukan rumah sukan yang menjadi kebanggaan...Tahun hadapan...kita cuba lagi kerana mengekalkan kejuaraan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan...kepada Pasukan rumah Kuning...jangan pening-pening....tahun depan satu padang kita pusing.......syukurlah tahun ini....kita mampu bersaing......


Jumpa lagi...bye...wasallam....

No comments:

Post a Comment