Monday 12 November 2012

Malam BBQ.......di sekolahku.......

Salam semua...

Hah....yang ni pulak aku nak cerita tentang malam BBQ kat sekolahku.....Ini adalah projek Panitia Diniah dibawah 'seliaan' Ustaz Shafiq bin Md. Jani. Malah, malam ni jugak diadakan program KHEMAH IBADAT serta jamuan tahun enam dan semua guru. malah, kami juga menjemput staf sokongan sekolah termasuklah Pakcik dan makcik pengawal keselamatan sekolah.

Nak cerita kat sini untuk melaksanakan program ni,memang seronok sangat-sangat. Nak tau sebab apa?.. Seronoknya....sebab dari pagi persiapan hinggalah ke malam jamuan....semua guru-guru sekolahku saling bantu-membantu. Masing-masing tau nak buat tugasan yang telah diberikan....Yang dok menyiang ikan ada....menyiang sotong ada....yang dok mencucuk sate ada....yang dok membakar BBQ malam tu pun ada....pendek kata, yang mengambil pendaftaran budak-budak tahun enam pun ada...kerjasama inilah yang akhirnya membawa kepada kejayaan dan keseronokan malam BBQ kami....

Sebenarnya, bila da program jadi 3 dalam satu, ianya jadilah bertambah meriah.  Tahun lepas kami buat jugak tapi masa camping sekolah tapi kali ni memang kami buat khas untuk meraikan tahun enam, guru-guru dan staf sokongan sekolah.....Yala...asik-asik makan kat hotel.....kat ikan bakar...kali ni kita satukan majlis 3 dalam satu sekaligus....bestkan.....?

Untuk majlis khemah ibadat pulak, Ustaz-ustaz yang ambil alih dan mereka telah melakukan qiamulllail pada jam lebih kurang pukul 3.50 pagi...Terimakasih semua ustaz-ustaz ya...Jasamu ku kenang.

Di kesempatan ini, Cikgu Dee ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua guru kerana memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada program panitia Diniah ini....Kepada tuan Guru Besar, Ustaz Syaari, terimakasih kerana sentiasa menyokong apa jua majlis dan program yang kami guru-guru rancangkan. Kepada GPK HEM, Puan Kamsiah, kami sangat terharu dengan kerjasama yang diberikan.....daripada pergi membeli semua bahan masakan hinggalah 'membakar' BBQ malam tu...beliau lah yang menggerakkan semuanya....Terimakasih juga kepada suami Puan Kamsiah yang bersusah payah menghidupkan api dan turut menolong banyak perkara untuk aktiviti malam ni....Tak terhingga kebaikan yang ditunjukkan. Moga Allah membalas dan memberkatinya. Begitu juga, terimakasih kepada Ustaz Borhan dan Puan Siti Hawa kerana turut sama berganding bahu menyempurnakan program pada malam tu....

Hah...kepada semua guru-guru....ketahuilah rakan-rakanku sekalian, aku teramat terhutang budi...panitia Diniah sangat berbesar hati atas kebaikan, kerjasama, semangat, dorongan, sokongan dan apa jua pertolongan yang diberikan sehingga program ini berjaya dilaksanakan....

Hah...tahun depan....kita buat lagi program ni....tapi untuk jamuan guru kita p tempat lain pulak no.....Fikir-fikirkan tempat yang best-best ya.....janji kita semua bergembira.....YYY.Yeeeehhhhhh......

Nak tengok gambar-gambar malam tu...? Jum.....





Ni la suasana semasa persiapan awal jamuan malam tu....Yang pakai baju biru ni la Puan Kamsiah GPK HEM yang aku ceritakan kat atas tadi....Terima kasih Puan Kamsiah....dan terimakasih Cikgu Ida, Cikgu Hanis....Cikgu Khaty...Makcik 'guard'....suami Puan Kamsiah....anda semua memang SUPERB......

Ni pulak gambar suasana malam jamuan.....yo....kita intai-intai....


Tengok tu....rajinnya Cikgu Ida kita ni....tengah dok menyucuk udang weh....hati-hati....nanti tercucuk jari....

Ni pulak Cikgu Rahmah....sanggup tinggalkan jap anak kecil untuk program malam tu....tq Cikgu Rahmah...

Wah Cikgu Naamah...stedy jer....baik-baik...panas tu....
Ni la tauke sate tadi....Nak tau Cikgu Ita la yang dok siapkan sate...bakar sate dalam 500 cucuk sorang-sorang kat rumah dia....siap dengan nasi himpit dan kuah kacang lagi...percaya tak?...Aku memang kagum dengan Cikgu Ita...Wuh...nak cakap...memap malatop sate dia....best power....terimakasih Cikgu Ita.....





Hah.....tu jer gambar-gambar yang sempat aku abadikan kat sini.....Dan yang ni gambar last sekali eh.....nak tengok?....Jummmmm.....


Ni la gambar kenangan terakhir kami bersama dengan Ustazah Asmah yang berdiri bertudung hitam tu.....Kepada Ustazah Asmah selamat bertugas di tempat baru...semoga berjaya hendaknya...Ingat ya kenangan-kenangan kita semua kat sini.....

Sedihla...cukup kat sini jer eh....rindu kat Ustazah Asmah...seorang guru yang sangat baik hati...kreatif...lemah-lembut...selalu tolong Cikgu Dee....dan cikgu-cikgu semua kat sini...wuaaa...wuaaa....

Di sebalik paparan cerita kat sini sebenarnya ada hikmahnya...iaitu...apabila kita guru-guru ni bersatu hati...bersatu tenaga...berganding bahu.....bekerjasama.....inilah hasilnya...semua yang dirancangkan menjadi...sangat berjaya....sangat berkesan di hati..terimakasih padamu Ya RABBI...kerana malam itu hujan berhenti.....

Jumpa lagi ya....wassallam......


No comments:

Post a Comment