Monday 12 November 2012

Alhamdulillah....program pertandingan MTQ peringkat sekolah berakhir sudah......


Assalammualaikum w.b.t semua....

Apa khabar semua? Moga dilindungi Allah sentiasa....Mmmmm....saban tahun sekitar bulan Mac kita mesti terlibat dengan pertandingan MTQSS kan?..Banyak benda kita nak sedia bila pertandingan nak bermula...betul tak? Nak cari murid yang berbakat....nak tau rentak suara diaorang....nak pilih murid lelaki...murid perempuan...semua kita nak kena sediakan....hah ni belum masuk nak karang teks cerita lagi....

Tapi...dengan menganjurkan pertandingan MTQ peringkat sekolah sepertimana yang disarankan oleh SPI, Melaka selepas kursus peningkatan kehakiman MTQSS tempohari....hah...kita boleh cari murid berbakat dengan mudah...sebab...murid-murid kita ni pantang ada pertandingan, mereka akan berlumba-lumba mencari peluang ni untuk tonjolkan bakat...

Macam jugak kat sekolah aku ni....kami Panitia Diniah yang diketuai oleh Ustaz Shafiq bin Md.jani telah bermesyuarat untuk merealisasikan program ini..Makanya, setelah keputusan mesyuarat dicapai, tarikh 6 November 2012 telah dipilih untuk melaksanakan program ini. Tempoh sebulan untuk murid-murid bersedia dalam pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan bercerita dikira cukup untuk mereka.

Hah...nak tau tak...diaorang yang masuk pertandingan memang bersunguh-sungguh berlatih...Guru-guru pembimbing seperti Ustazah Najihah, Ustazah Asmah, Ustaz Zakaria, Ustaz Shafiq, Ustaz Fairus, Ustaz Shahir, Ustazah Nurul Jannah, Ustazah Sumiyati, Ustaz Azrin dan aku, Cikgu Dee berganding bahu memantau dan membimbing peserta-peserta ini. Terimakasih kepada semua yang membantu ya....Kerjasama semua memang TERHEBAT.....!

Kita cerita sikit persiapan hakim-hakim pula ya sebelum pertandingan bermula ...masing-masing hakim yang  telah dilantik telah berbincang sesama mereka untuk melancarkan lagi pertandingan tersebut. Apa yang mengkagumkan aku ialah komitmen semua hakim yang dilantik sangat SUPERB! Memang TERBAIKKKK! Yalah....mana tidaknya....mereka adalah gabungan guru-guru agama dan guru-guru akademik yang sedia untuk menjalankan tugas, menjalinkan kerjasama tanpa banyak bicara. Geng-geng semua, terimakasih dari Cikgu Dee mewakili Panitia Diniah kerana kalian tersangat baik hati membantu menyempurnakan lagi program ini.

Mereka ini ialah Cikgu Naamah, Cikgu Haslita, Cikgu Noordina, Cikgu Sabariah, Cikgu Rahmah, Cikgu Esmahanis, Cikgu Aminah, Ustazah Najihah, Ustazah Sumiyati, Ustaz Azrin, Ustazah Asmah, Ustazah Nurul Huda, Ustazah Harnilam, Ustaz shafiq, Ustaz Zakaria, Ustaz Shahir,Ustazah Nurul Jannah, Ustazah Khaty serta Ustazah Sarinah Sekali lagi Syukran Jazilan ya kawan-kawan....Manakala guru-guru yang lain pula sangat memberikan sokongan mereka terhadap program ini. Terimakasih ya.....
Dalam pertandingan tentu ada penonton kan...? Jadi, untuk ini, Ustaz Shafiq telah menyediakan 'Nota pintu' (he...he...he...) serta memberikan taklimat kepada semua murid sebelum pertandingan bermula....dan hasilnya...inilah contohnya 'nota pintu' tersebut....Hah...yang berbaju kemeja putih nilah gerangannya Ustaz Shafiq....

Sementara itu, murid-murid juga tidak ketinggalan membantu...hah...mereka semua sangat 'sporting' dan sukarela mengemas kelas-kelas untuk pertandingan.....Tak percaya...? Jum kita saksikan....


Cikgu-cikgu pun begitu....yang jadi hakim, jadi hakim, yang menulis khat pulak dok cari idea bentuk tulisan yang cantik-cantik....tapi, memang tulisan khat diaorang cantik-cantik semuanya...tapi, yang baju merah kat bawah ni eksyen je wei........he....he.....Jum kita tengok....jum....



Ustaz Azrin yang berbaju hitam...dan Ustaz Shahir yang berbaju kotak-kotak sedang melakarkan tulisan khat....mmm...sepakat betul diaorang ni....ditambah lagi dengan bantuan UstazahNajihah....mmmm...memang ngamm....

Jum kita tengok perbincangan hakim-hakim pulak....nak tau bincang kat mana.. hah...kat kantin sekolah....sambil berbincang boleh pekena teh tarik ke...nasi lemak ke....mee goreng ke....


Kita tengok pulak peserta-peserta pertandingan....sebelum pertandingan bermula diaorang duk berlatih lagi...gunakan masa yang ada untuk menghafal lagi....memang bersunguh-sungguh diaorang...Jum kita lihat gelagat diaorang ni....



Kita saksikan pulak ketika pertandingan bermula.....jum.....









Inilah sebahagian cerita perjalanan program pertandingan MTQ peringkat sekolah 6 November 2012 - Selasa yang lalu....Di kesempatan ini, aku seperti biasa mewakili Panitia Diniah ingin mengucapkan berbanyak termakasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan program ini yang pada pandangan aku sangat berjaya dan telah mencapai objektif sasaran panitia. Apa yang penting, menerusi pertandingan ini kita telah mengenal-pasti murid-murid yang berktrampilan dan berpotensi untuk diketengahkan dalam pertandingan MTQSS yang akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua! Juga tidak dilupakan kepada semua pentadbir sekolah dan kepada Ustaz Borhan selaku GPK KO-KU terimakasih kerana banyak membantu menguruskan pelbagai perkara yang diperlukan. Kami guru-guru meminta maaf jika terdapat kekurangan di dalam pelaksanaan program ini. Kami berazam untuk terus menaikkan nama sekolah Rendah Arab JAim Tun Razak dalam mana-mana pertandingan pada 2013 nanti. InsyaAllah....Amin......

Di sebalik cerita ini hikmahnya ialah....sepakat membawa berkat.....ke lurah sama didaki....ke bukit sama dituruti....bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat....

Jumpa lagi nanti ya....Wasallam.....

No comments:

Post a Comment