Monday, 12 November 2012

Alhamdulillah....program pertandingan MTQ peringkat sekolah berakhir sudah......


Assalammualaikum w.b.t semua....

Apa khabar semua? Moga dilindungi Allah sentiasa....Mmmmm....saban tahun sekitar bulan Mac kita mesti terlibat dengan pertandingan MTQSS kan?..Banyak benda kita nak sedia bila pertandingan nak bermula...betul tak? Nak cari murid yang berbakat....nak tau rentak suara diaorang....nak pilih murid lelaki...murid perempuan...semua kita nak kena sediakan....hah ni belum masuk nak karang teks cerita lagi....

Tapi...dengan menganjurkan pertandingan MTQ peringkat sekolah sepertimana yang disarankan oleh SPI, Melaka selepas kursus peningkatan kehakiman MTQSS tempohari....hah...kita boleh cari murid berbakat dengan mudah...sebab...murid-murid kita ni pantang ada pertandingan, mereka akan berlumba-lumba mencari peluang ni untuk tonjolkan bakat...

Macam jugak kat sekolah aku ni....kami Panitia Diniah yang diketuai oleh Ustaz Shafiq bin Md.jani telah bermesyuarat untuk merealisasikan program ini..Makanya, setelah keputusan mesyuarat dicapai, tarikh 6 November 2012 telah dipilih untuk melaksanakan program ini. Tempoh sebulan untuk murid-murid bersedia dalam pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan bercerita dikira cukup untuk mereka.

Hah...nak tau tak...diaorang yang masuk pertandingan memang bersunguh-sungguh berlatih...Guru-guru pembimbing seperti Ustazah Najihah, Ustazah Asmah, Ustaz Zakaria, Ustaz Shafiq, Ustaz Fairus, Ustaz Shahir, Ustazah Nurul Jannah, Ustazah Sumiyati, Ustaz Azrin dan aku, Cikgu Dee berganding bahu memantau dan membimbing peserta-peserta ini. Terimakasih kepada semua yang membantu ya....Kerjasama semua memang TERHEBAT.....!

Kita cerita sikit persiapan hakim-hakim pula ya sebelum pertandingan bermula ...masing-masing hakim yang  telah dilantik telah berbincang sesama mereka untuk melancarkan lagi pertandingan tersebut. Apa yang mengkagumkan aku ialah komitmen semua hakim yang dilantik sangat SUPERB! Memang TERBAIKKKK! Yalah....mana tidaknya....mereka adalah gabungan guru-guru agama dan guru-guru akademik yang sedia untuk menjalankan tugas, menjalinkan kerjasama tanpa banyak bicara. Geng-geng semua, terimakasih dari Cikgu Dee mewakili Panitia Diniah kerana kalian tersangat baik hati membantu menyempurnakan lagi program ini.

Mereka ini ialah Cikgu Naamah, Cikgu Haslita, Cikgu Noordina, Cikgu Sabariah, Cikgu Rahmah, Cikgu Esmahanis, Cikgu Aminah, Ustazah Najihah, Ustazah Sumiyati, Ustaz Azrin, Ustazah Asmah, Ustazah Nurul Huda, Ustazah Harnilam, Ustaz shafiq, Ustaz Zakaria, Ustaz Shahir,Ustazah Nurul Jannah, Ustazah Khaty serta Ustazah Sarinah Sekali lagi Syukran Jazilan ya kawan-kawan....Manakala guru-guru yang lain pula sangat memberikan sokongan mereka terhadap program ini. Terimakasih ya.....
Dalam pertandingan tentu ada penonton kan...? Jadi, untuk ini, Ustaz Shafiq telah menyediakan 'Nota pintu' (he...he...he...) serta memberikan taklimat kepada semua murid sebelum pertandingan bermula....dan hasilnya...inilah contohnya 'nota pintu' tersebut....Hah...yang berbaju kemeja putih nilah gerangannya Ustaz Shafiq....

Sementara itu, murid-murid juga tidak ketinggalan membantu...hah...mereka semua sangat 'sporting' dan sukarela mengemas kelas-kelas untuk pertandingan.....Tak percaya...? Jum kita saksikan....


Cikgu-cikgu pun begitu....yang jadi hakim, jadi hakim, yang menulis khat pulak dok cari idea bentuk tulisan yang cantik-cantik....tapi, memang tulisan khat diaorang cantik-cantik semuanya...tapi, yang baju merah kat bawah ni eksyen je wei........he....he.....Jum kita tengok....jum....



Ustaz Azrin yang berbaju hitam...dan Ustaz Shahir yang berbaju kotak-kotak sedang melakarkan tulisan khat....mmm...sepakat betul diaorang ni....ditambah lagi dengan bantuan UstazahNajihah....mmmm...memang ngamm....

Jum kita tengok perbincangan hakim-hakim pulak....nak tau bincang kat mana.. hah...kat kantin sekolah....sambil berbincang boleh pekena teh tarik ke...nasi lemak ke....mee goreng ke....


Kita tengok pulak peserta-peserta pertandingan....sebelum pertandingan bermula diaorang duk berlatih lagi...gunakan masa yang ada untuk menghafal lagi....memang bersunguh-sungguh diaorang...Jum kita lihat gelagat diaorang ni....



Kita saksikan pulak ketika pertandingan bermula.....jum.....









Inilah sebahagian cerita perjalanan program pertandingan MTQ peringkat sekolah 6 November 2012 - Selasa yang lalu....Di kesempatan ini, aku seperti biasa mewakili Panitia Diniah ingin mengucapkan berbanyak termakasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan program ini yang pada pandangan aku sangat berjaya dan telah mencapai objektif sasaran panitia. Apa yang penting, menerusi pertandingan ini kita telah mengenal-pasti murid-murid yang berktrampilan dan berpotensi untuk diketengahkan dalam pertandingan MTQSS yang akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua! Juga tidak dilupakan kepada semua pentadbir sekolah dan kepada Ustaz Borhan selaku GPK KO-KU terimakasih kerana banyak membantu menguruskan pelbagai perkara yang diperlukan. Kami guru-guru meminta maaf jika terdapat kekurangan di dalam pelaksanaan program ini. Kami berazam untuk terus menaikkan nama sekolah Rendah Arab JAim Tun Razak dalam mana-mana pertandingan pada 2013 nanti. InsyaAllah....Amin......

Di sebalik cerita ini hikmahnya ialah....sepakat membawa berkat.....ke lurah sama didaki....ke bukit sama dituruti....bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat....

Jumpa lagi nanti ya....Wasallam.....

Malam BBQ.......di sekolahku.......

Salam semua...

Hah....yang ni pulak aku nak cerita tentang malam BBQ kat sekolahku.....Ini adalah projek Panitia Diniah dibawah 'seliaan' Ustaz Shafiq bin Md. Jani. Malah, malam ni jugak diadakan program KHEMAH IBADAT serta jamuan tahun enam dan semua guru. malah, kami juga menjemput staf sokongan sekolah termasuklah Pakcik dan makcik pengawal keselamatan sekolah.

Nak cerita kat sini untuk melaksanakan program ni,memang seronok sangat-sangat. Nak tau sebab apa?.. Seronoknya....sebab dari pagi persiapan hinggalah ke malam jamuan....semua guru-guru sekolahku saling bantu-membantu. Masing-masing tau nak buat tugasan yang telah diberikan....Yang dok menyiang ikan ada....menyiang sotong ada....yang dok mencucuk sate ada....yang dok membakar BBQ malam tu pun ada....pendek kata, yang mengambil pendaftaran budak-budak tahun enam pun ada...kerjasama inilah yang akhirnya membawa kepada kejayaan dan keseronokan malam BBQ kami....

Sebenarnya, bila da program jadi 3 dalam satu, ianya jadilah bertambah meriah.  Tahun lepas kami buat jugak tapi masa camping sekolah tapi kali ni memang kami buat khas untuk meraikan tahun enam, guru-guru dan staf sokongan sekolah.....Yala...asik-asik makan kat hotel.....kat ikan bakar...kali ni kita satukan majlis 3 dalam satu sekaligus....bestkan.....?

Untuk majlis khemah ibadat pulak, Ustaz-ustaz yang ambil alih dan mereka telah melakukan qiamulllail pada jam lebih kurang pukul 3.50 pagi...Terimakasih semua ustaz-ustaz ya...Jasamu ku kenang.

Di kesempatan ini, Cikgu Dee ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua guru kerana memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada program panitia Diniah ini....Kepada tuan Guru Besar, Ustaz Syaari, terimakasih kerana sentiasa menyokong apa jua majlis dan program yang kami guru-guru rancangkan. Kepada GPK HEM, Puan Kamsiah, kami sangat terharu dengan kerjasama yang diberikan.....daripada pergi membeli semua bahan masakan hinggalah 'membakar' BBQ malam tu...beliau lah yang menggerakkan semuanya....Terimakasih juga kepada suami Puan Kamsiah yang bersusah payah menghidupkan api dan turut menolong banyak perkara untuk aktiviti malam ni....Tak terhingga kebaikan yang ditunjukkan. Moga Allah membalas dan memberkatinya. Begitu juga, terimakasih kepada Ustaz Borhan dan Puan Siti Hawa kerana turut sama berganding bahu menyempurnakan program pada malam tu....

Hah...kepada semua guru-guru....ketahuilah rakan-rakanku sekalian, aku teramat terhutang budi...panitia Diniah sangat berbesar hati atas kebaikan, kerjasama, semangat, dorongan, sokongan dan apa jua pertolongan yang diberikan sehingga program ini berjaya dilaksanakan....

Hah...tahun depan....kita buat lagi program ni....tapi untuk jamuan guru kita p tempat lain pulak no.....Fikir-fikirkan tempat yang best-best ya.....janji kita semua bergembira.....YYY.Yeeeehhhhhh......

Nak tengok gambar-gambar malam tu...? Jum.....





Ni la suasana semasa persiapan awal jamuan malam tu....Yang pakai baju biru ni la Puan Kamsiah GPK HEM yang aku ceritakan kat atas tadi....Terima kasih Puan Kamsiah....dan terimakasih Cikgu Ida, Cikgu Hanis....Cikgu Khaty...Makcik 'guard'....suami Puan Kamsiah....anda semua memang SUPERB......

Ni pulak gambar suasana malam jamuan.....yo....kita intai-intai....


Tengok tu....rajinnya Cikgu Ida kita ni....tengah dok menyucuk udang weh....hati-hati....nanti tercucuk jari....

Ni pulak Cikgu Rahmah....sanggup tinggalkan jap anak kecil untuk program malam tu....tq Cikgu Rahmah...

Wah Cikgu Naamah...stedy jer....baik-baik...panas tu....
Ni la tauke sate tadi....Nak tau Cikgu Ita la yang dok siapkan sate...bakar sate dalam 500 cucuk sorang-sorang kat rumah dia....siap dengan nasi himpit dan kuah kacang lagi...percaya tak?...Aku memang kagum dengan Cikgu Ita...Wuh...nak cakap...memap malatop sate dia....best power....terimakasih Cikgu Ita.....





Hah.....tu jer gambar-gambar yang sempat aku abadikan kat sini.....Dan yang ni gambar last sekali eh.....nak tengok?....Jummmmm.....


Ni la gambar kenangan terakhir kami bersama dengan Ustazah Asmah yang berdiri bertudung hitam tu.....Kepada Ustazah Asmah selamat bertugas di tempat baru...semoga berjaya hendaknya...Ingat ya kenangan-kenangan kita semua kat sini.....

Sedihla...cukup kat sini jer eh....rindu kat Ustazah Asmah...seorang guru yang sangat baik hati...kreatif...lemah-lembut...selalu tolong Cikgu Dee....dan cikgu-cikgu semua kat sini...wuaaa...wuaaa....

Di sebalik paparan cerita kat sini sebenarnya ada hikmahnya...iaitu...apabila kita guru-guru ni bersatu hati...bersatu tenaga...berganding bahu.....bekerjasama.....inilah hasilnya...semua yang dirancangkan menjadi...sangat berjaya....sangat berkesan di hati..terimakasih padamu Ya RABBI...kerana malam itu hujan berhenti.....

Jumpa lagi ya....wassallam......


Saturday, 10 November 2012

Sekalung Tahniah....................

Salam semua.... Jumpa lagi....

Sebelum aku nak cerita apa-apa kat sini, hah.....dengan setulus hati dan bangganya aku nak ucapkan sekalung Tahian buat team ragbi Sir Amin yang telah berjaya mendapat Johan 'Plate' petang tadi di Sk Paya Rumput (Cheng). Tahniah ya dak Amin....bersunguh-sungguh melatih dan memberikan semangat untuk team ragbi berjuang hari ni...Tahniah sekali lagi dak Amin sebab tak pernah putus asa menghantar team ragbi ke perlawanan ....menang kalah ...Amin tak kisah....janji murid-murid dapat pengalaman yang terlalu berharga dalam hidup mereka....dapat juga mereka rasa bermain ragbi ni dak Amin...dapat belajar banyak perkara dari permainan ni...hah...dak Amin pun dapat banyak pahala sebab tak kira masa, tenaga dan wang ringgit melatih mereka.....betul tak dak Amin?....bangga Cikgu Dee dengan usaha Dak Amin ni....

Tak lupa juga buat geng-geng yang setia dan penuh dedikasi...Sir Shahril...Sir Shafiq...dan Ustaz Quyyum sebab bersedia berkorban mengiringi team ini dan melayani mereka termasuk memberi makan dan minum...semangat....dan pertolongan....apalagi menolong melatih apa yang perlu bagi kejayaan team ragbi ni....Cikgu Dee terharu melihat meikhlasan kowang dalam membantu di antara satu sama lain....Ingatlah, Allah akan memberkati setiap keikhlasan geng-geng semua....Pahala pun kita dapat...dok gitu?

Bagi murid-murid ragbi pulak...emmmm....walaupun ada masanya nampak macam berputus asa tetapi permainan akhir sangat-sangat menghiburkan...mengkagumkan....meyakinkan....hah...kowang boleh buat....tadi petang Cikgu Dee ada mencelah sikit kan...ingat tak...usaha...jangan putus asa....kuatkan semangat.... Cikgu Dee tak pandai latih ragbi...boleh tolong bagi motivasi kat diaowang je....he....he....he.....
Akhirnya, berjaya mendapat Johan 'Plate' petang tadi......Kowang dah berjuang dalam banyak game hari ni....hah...tahniah dari Cikgu Dee....Cikgu sangat berbangga dengan kamu semua bekas anak-anak murid Cikgu Dee....

Mmmmmm.....mesti kowang terfikir-fikir...apa Cikgu Dee...sibuk-sibuk p tengok ragbi ni...Hah...nak habaq kat sini sikit no...sebenarnya Sir Amin, Sir Shahril, Sir Shafiq, Ustaz Quyyum adalah sahabat sejati Cikgu Dee yang sanggup berkorban, bersusah-payah, sama-sama berjuang untuk sekolah, sama-sama melatih di padang, yang sanggup berhujan dan berpanas semata-mata untuk kejayaan murid-murid....walaupun kita dah berlainan sekolah, Cikgu Dee tetap akan bersama-sama untuk saling menyokong dan bekerjasama

Ingatlah.....inilah pengalaman, kasih-sayang...pengorbanan....semangat juang kita bersama yang akan terus terjalin selagi hayat dikandung badan...InsyaAllah....

Macam biasa Cikgu Dee dok kata...di sebalik cerita ini ada hikmahnya....nak tau apa dia....? iaitu, keikhlasan dalam berkawan akan membawa kita bersama untuk menempuh apa jua rintangan dan cabaran dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.....bagaikan sebuah keluarga....kita akan terus bersama jika diizinkan.....

Hah....kowang tunggu apa lagi...Jum intai-intai gambar kat sini....


Bola ragbi yang banyak berjasa.........................

He.....he....tertongeng-tonggeng amek makanan....Nak tau sapa yang bawa bekal tu? ehem...ehem....Cikgu Dee la....eiii...pandai ke masak.....? OOPpppssss...........
Sir Shahril....pengurus pasukan sedang meneliti jadual perlawanan....sampai kerut-kerut kening...he...he...



Dari kejauhan mata berpandangan....dak ei...saja tulis lagu ni....Hah....ni dia gaya seorang jurulatih....bagi kata-kata semangat dari tepi padang......he...he...
Ustaz Quyyum buat ape tu....Hah....mesti tengah berdoa kan......doa apa tu...apa-apapun...aminnnnn....

Tu dia ei.....senyummu menawan......he...he....Sir Shafiq tetap datang beri sokongan pada semua...                                  




Inilah dia Dak Amin.....Hah....jurulatih yang tidak jemu-jemu melatih ragbi.....Syabas Dak Amin!




Masa ni kowang nak tau...Dak Amin tengah bagi kata-kata semangat untuk team ragbinya....kena buat macam ni...kena buat macam tu...huh..macam-macam pesanannya....bagi diaowang semangat nak berlawan kejap je lagi...



Rajinnya ustaz Quyyum tolong jemurkan baju bebudak yang dah basah dek peluh...... 

Hah....kowang mesti tertanya-tanyakan Cikgu Dee buat pa....tak nampak pun....hah..nak tengok...jeng....jeng...jeng.....macam biasa....cer teka...cer teka.... ?



Ok la ya...Sekali lagi buat kowang semua...TAHNIAH dan SYABAS dari aku...Cikgu Dee.......







Monday, 5 November 2012

Terharunya........

Assalammualaikum wbt semua.

Aduh.....terharunya........nak tau apa yang aku terharukan sangat ni....Ni la nak cerita sikit ya....pagi tadi masa aku masuk kelas 1 Bakri....Tiba-tiba....aku dapat satu sampul surat daripada anak muridku namanya Adriana....comel budaknya....Mulanya, aku ingatkan kapal terbang kertas yang dia bagi pada aku.....tapi bila bila aku buka jer...jeng....jeng.....aduh....terharunya.....Nak tau apa dia....Jum....
Hah...tengok ni.....so sweet.......
 


Tengok tu......warna-warni tulisannya......... comelnya.....
 

Apa yang buat aku terharu sangat ialah.....tinggal 4 hari je lagi nak habes sesi persekolahan tahun 2012 ni....tapi Adriana telah memberikan aku sesuatu yang sangat manis untuk seorang guru seperti aku....

Kepada Adriana, terimakasih sayang.....Cikgu Dee sangat menghargai hadiah daripada kamu.....Sebab itu, Cikgu Dee abadikannya di blog ini....Pesan Cikgu Dee, Adirana belajar rajin-rajin ya....jadi anak yang baik...murid yang baik.....Cikgu Dee akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kamu ya.....

Cikgu Dee saaaaaaaayaaaaannnnngggggg kat Adriana..............

Hah, di sebalik cerita ini....apa ya hikmahnya....? Hikmahnya ialah....apabila kita memberikan sesuatu yang bermakna kepada anak-anak murid kita, sentiasa berkasih-sayang dengan mereka, memberikan perhatian yang sewajarnya, memberikan motivasi....memberikan ilmu yang tidak terperi....sesekali mendengar keluhan dan 'aduan' mereka....inilah yang kadang-kadang dihadiahkan kepada kita.....ianya sangat jujur....sangat manis...sangat comel.....yang lahir dari hati mereka yang tulus suci.....walaupun hanya dari sehelai kertas tetapi luahan hati mereka sangat ikhlas......

Jumpa lagi ya.....Bye....

Saturday, 3 November 2012

Legoland......Aku datang......

Assalammualaikum wbt.....

Legoland.....Aku datang.....Saja nak cerita ya...semalam rombongan sekolah aku yang diketuai oleh Cikgu Ida Royani telah pergi melawat ke 'Legoland'....Lebih kurang pukul 8.00 pagi, rombongan sekolah kami pun bertolak ke sana....Kami pergi dengan dua buah bas.....huh....dari mula bas bertolak lagi murid-murid semua da teruja sangat-sangat nak p Legoland....Akhirnya, lebih kurang pukul 12.05 tengahari kami pun selamat sampai ke sana....Syukur Alhamdulillah......

Perjalanan selama lebih kurang 4 jam ( masa dicampurkan dengan waktu makan-makan kat Pagoh) tak terasa sebab dalam bas dok layan vcd....Hah.... bila nampak je perkataan 'Legoland'....apalagi...sukanya budak-budak....Aku? suka juga...he...he...he......yalah...mana taknya nilah tempat ke enam di dunia yang ada 'taman permainan lego' ni......memang sangat cantik tempat ni...warna merah, biru, kuning, hijau melatari semua tempat....unik....klasik....dan....luarbiasa....

Hah...nak pesan...kalau anda semua kat luar sana nak pegi, jangan lupa bawalah payung atau topi...cuaca tak menentu...lagi satu....main lah puas-puas semua permainan kat sana ya sebab aku tak main semua....satunya, sebab masa tak cukup...keduanya sebab banyak permainan yang terpaksa tunggu 'Q', masa berjalan terlalu pantas.....kena cepat-cepat ya bergerak dari satu tempat ke satu tempat....rugi tak main semua permainan kat sana....

Paling tidak dapat aku lupakan ialah bila aku dan kawan-kawan naik permainan 'roller coster'....Sebelum naik semua teruja sangat.....macam bagus je...macam tak takut....Hah...bila dah mula bergerak laju...apalagi masing-masing menjerit....."aaaaaaaaaa"......"aaaaaaaaaaa....." Aku dengan Cikgu Huda...terjerit-jerit ketakutan...gayat...tapi...puasnya hati sebab dapat beranikan diri mencuba....pas ni taubat tak nak cuba lagi....bukan permainan tu tak bagus tapi aku yang tak tahan...pening sangat-sangat....

Lebih kurang pukul 5 petang kami semua bergerak pulang...Dalam bas....macam biasa aku pun zzzzzzzz.....Hujan la pulak....sejuk....mata pun layu....Hah....ringkas kata, memang best sesangat p 'Legoland'....rasa tak puas dan pastinya....'Legoland......Aku datang lagi......' 

Jum....kita tengok-tengok gambar kat sini.....


Legoland....Aku datang.......

Taula tak pegi Mesir.........
Mmmmmm....ni namanya tak puas main tembak-tembak kat dalam tadi...he...he....

Tu dia ei........
Ewah...ewah bule.....he...he....
Cak.........

Cikgu Ida Royani....orang kuat rombogan tengah berurusan....Terimakasih Cikgu Ida.....


Jadi....macam biasa...di sebalik cerita ini...ada hikmahnya....iaitu......perasan tak.....?....Hanya dengan 'sekeping'  'lego' sahaja ianya dapat mencipta fenomena luarbiasa dengan terbinanya 'taman permainan' yang sangat luas dan terkenal di dunia....So, apa kata kita bukakan minda bahawa tiada yang mustahil kalau kita hendak mencipta sesuatu yang luar biasa jika kita melaksanakan sesuatu kerja bukan dengan biasa-biasa.....


Sekian, Wassalam....jumpa lagi dengan cerita yang lain pula ya.....